DUNIA HAFIZ

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE-79

Share This Article

Oleh: Hafiz Nafiah

Umno bukan sekadar parti politik pelengkap, Umno adalah parti yang merdeka kan negara.

Jasa Umno adalah simbol perjuangan untuk Agama Bangsa & Negara.

Justeru, Umno wajib dipertahankan walau apa jua keadaan.

Sejarah Umno sejak penubuhannya sangat panjang dan melalui pelbagai halangan dan rintangan namun Umno tetap terus utuh.

Setelah tewas pada PRU 14 Umno sekali lagi melalui laluan sukar sehingga menuntut Umno untuk membuat pelbagai keputusan politik luar jangka.

Hasil daripada ketokohan Presiden Umno YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Umno berjaya diletakkan di tempat yang betul sejajar dengan situasi politik semasa.

Kini, Umno mampu menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan walaupun Umno tidak mendominasi kerusi parlimen pada PRU 15 yang lepas.

Demi kesinambungan perjuangan Umno, saya menyeru seluruh ahli Umno untuk terus pertahankan parti keramat Umno ini tanpa was-was sekaligus bangkit pada pilihanraya umum ke 16 akan datang.

Akhir kata, percayalah bahawa Umno akan bangkit lebih kuat lagi berbanding sebelum ini.

Walallahualam..

Hafiz Nafiah
AJK Pemuda Umno Bahagian Sg Buloh


Share This Article