DUNIA HAFIZ

Dungun Terengganu 2019

Hai semua, serba sedikit pengenalan tentang diri ssaya yang saya boleh kongsikan untuk semua peminat-peminat saya..

Nama saya Mohd Hafiz Mohd Nafiah dilahirkan pada tanggal 16 Januari tahun 1984 di Teluk Intan Perak dan dibesarkan di Ipoh Perak sehinggalah saya berusia 13 tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan ayah dan mak saya yang bekerja di Kuala Lumpur pada ketika itu, saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Methodist ACS Ipoh sehingga tingkatan 1 dan berpindah ke Sekolah Menangah Kebangsaan Subang di Kampung Melayu Subang. Semasa di sekolah saya sering terlibat dengan aktiviti sukan, kebudayaan dan saya juga menyertai kumpulan nasyid pada ketika itu.

Selepas habis sekolah menengah pada tahun 2001, saya bekerja sambilan dibeberapa buah kilang sebelum bekerja dengan Kumpulan Rabbani lebih kurang 2 tahun, nyaris-nyaris nak jadi penasyid untuk kumpulan UNIC, setelah itu saya bersama dengan kumpulan KRU untuk bekerja dengan mereka menjadi PR artis lebih kurang setahun sebelum saya menceburkan diri dalam bidang lakonan secara sambilan sebagai extra, lama kelamaan saya banyak mendapat tawaran berlakon sehinggalah saya diberikan peranan sebagai teraju utama dalam beberapa buah filem antaranya Dunia Baru The Movie, Rasukan Ablasa dan beberapa buah lagi filem sebagai antara pelakon barisan hadapan jugak la…Selain itu, saya juga telah menjayakan berpuluh-puluh drama tempatan, haa ni antara kerjaya saya sebagai seorang pelakon la, tapi disepanjang perjalanan saya sebagai pelakon tu saya juga bekerja sebagai krew dibelakang tabir dalam lebih 10 buah filem dan berpuluh drama, bermula dari pembancuh air sehinggalah saya diangkat sebagai penolong pengarah bagi filem Otai arahan Prof. Dato Dr Abdul Razak Mohaideen.

Fuhh berliku-liku juga perjalanan saya sepanjang terlibat dengan pembikinan filem dan drama hampir 20 tahun dalam Industri Kreatif di Malaysia ni namun pada tahun 2015 saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif pada peringkat Degree di Universiti Utara Malaysia secara pengajian jarak jauh, Alhamdulillah kemasukkan saya diterima walaupun saya tidak mempunyai diploma namun atas pengalaman saya selama lebih 10 tahun dalam industri kreatif digunapakai sebagai ganti untuk melanjutkan pengajian…Pada tahun 2020 saya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia namun akibat ancaman wabak Covid-19 kami masih belum grad lagi…Apa pun inshaAllah saya akan melanjutkan pengajian saya ke peringkat master sedikit masa lagi.

Dalam masa yang sama, saya juga adalah Pengerusi dan pengasas Pertubuhan Ekonomi Inovasi Melayu Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Dang Wangi serta Ikon Antidadah Kebangsaan, Saya juga mempunyai produk jenama saya sendiri iaitu Red Cosmetics yang saya asaskan sendiri, Saya juga mempunyai Syarikat Red Apple Managemant yang mengurus segala urusan perjalanan seni saya dan kerjaya saya.

Itulah antara serba sikit tentang diri saya, kalau nak cerita panjang lagi ni tapi tak pe la cukup setakat ini dan kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh terus follow blog saya ni okay, InshaAllah saya akan kongsikan lagi pelbagai cerita dan perjalanan kehidupan saya…