DUNIA HAFIZ

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua, Ikon Antidadah adalah cetusan idea saya kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan yang diterajui oleh Ketua Pengarah AADK YDH Dato’ Sri Zulkifli Abdullah pada ketika itu, Alhamdulillah idea saya sewaktu kami sepentas di Wacana Sinar diambil dan direalisasikan..Ikon Antidadah ini dianggap penting dalam penyaluran maklumat dan mengingatkan masyarakat terhadap bahayanya perlencongan sosial, penyalahgunaan dadah dan substan, oleh itu peranan Ikon-Ikon yang dilantik ini adalah selaras dengan peredaran semasa dengan penggunaan media sosial yang sangat meluas dikalangan masyarakat dan ia secara tidak langsung dapat menyampaikan maklumat dengan cepat kepada semua pengguna media sosial.

Antara Ikon yang dilantik adalah Aiman Tino, Elisya Sandha, Hafiz Nafiah, Keena, Floor 88 dan Izzmad Harun, peranan masing-masing mengikut kluster yang diberikan adalah untuk menarik minat golongan sasar agar mereka menghindarkan diri daripada terjebak dengan dadah. Ikon juga akan menjalankan pelbagai aktiviti dengan masyarakat serta menggunakan platform media sosial untuk membuat video atau posting yang mampu menarik minat golongan sasar untuk tidak terlibat dengan masalah dadah.

#TAKPERLUSTIMGUYS #IKONANTIDADAH #DADAHTERKAWAL2025 #LEBIHBAIKCEGAH #AGENSIANTIDADAHKEBANGSAAN #MALAYSIA