Salam Takziah buat keluarga arwah Siti Sarah Hana atas tragedi yang menimpa beliau.
Kes kemalangan dengan lembu di Langkawi ni bukan isu baru malah telah bertahun-tahun lamanya tanpa penyelesaian yang tuntas daripada pihak berkuasa tempatan mahupun diperingkat kerajaan.
Dulu saya juga pernah duduk di Langkawi lebih 5 tahun dan saya sendiri ada pengalaman langgar lembu yang tidur ditengah jalan gelap, nyaris tiada kecederaan serius cuma kereta yang rosak teruk.
Iya benar isu ini sangat membelenggu komuniti dan masyarakat di Langkawi termasuk pelancong dalam dan luar negara, ada juga kes yang melibatkan pelancong luar negara.
Saya sangat kesal dengan kejadian sebegini kerana masih tetap berlaku tanpa tindakan serius daripada pihak berwajib.
Bila kes berlaku pasti tidak akan ada pemilik lembu akan mengaku lembu tersebut milik mereka kerana mereka takut dengan tindakan. Soal nya adakah undang-undang cukup ketat untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas ternakan ini ke muka pengadilan ?
Jika tidak di berikan penekanan terhadap isu ini maka akan banyak lagi kejadian macam ni akan berlaku dimasa akan datang. Percayalah kerana sejak saya duduk di Langkawi sehingga kini saya masih dengar lagi kes kemalangan melibatkan kematian melibatkan lembu atau kerbau.
Saya secara serius menggesa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan untuk menggambil langkah drastik dalam menyelesaikan isu yang boleh menjejaskan reputasi pulau Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan bertaraf antarabangsa.
Pihak berkuasa juga boleh menyemak sama ada penternak ini mempunyai lesen atau tidak untuk menternak ternakan seperti lembu atau kerbau ni.
Jangan lepas tangan dan pandang remeh isu yang melibatkan nyawa rakyat..!
Akhir kata, saya mendoakan agar keluarga arwah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam saat-saat sukar ini, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan disyurga Allah.
H.Hafiz N
Presiden Perisai Malaysia
12.00 pm
