144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana kerajaan MADANI di Sabah setakat ini – Anwar
TAWAU: Kerajaan MADANI melaksanakan sebanyak 144 projek pembangunan di Sabah setakat ini, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM14 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, antara projek yang terbabit termasuk kerja-kerja menaik taraf Hospital Tawau dan Penjara Lahad Datu, pembinaan pelabuhan kontena di Sepanggar Bay serta cadangan pembinaan sebuah pusat perubatan jantung di …