BIAR KAYU ASAL AYU/HANDSOME

0
315

TAJUK: Biar Kayu Asal Ayu/Handsome..Apa sudah jadi ?

Hari ni viral berkenaan dengan ayat seorang produser sebuah syarikat produksi yang mengatakan kalau tak ada rupa tak payah buang masa untuk datang uji bakat..Banyak pihak yang menghentam beliau termasuk warga net dan ada juga produser-produser yang berkerja di station TV termasuk orang kuat station..Ni pendapat dan pandangan peribadi aku..

Realiti industri kreatif di Malaysia sekarang ni adalah pihak station mahupun pihak produser sering mencari yang cantik dan handsome untuk menghiasi drama atau apa jua program di televisyen mahupun di dalam filem termasuk iklan komersial..Yang tak ada rupa walaupun ada bakat yang hebatĀ  sekadar nasib-nasib je la kalau dapat job tu..Banyak contoh boleh kita tengok terutama pelakon-pelakon veteran yang hebatĀ  suatu ketika dulu sekarang ibarat melukut ditepi gantang..Tengok pelakon-pelakon muda yang berbakat (tak perlu sebut nama) mana dorang sekarang ? Ibarat merempat dan menagih minta job ?

Saya tak cakap saya setuju 100% dengan produser yang bagi statement panas ni tapi ada betul jugak apa yang dia cakap sebab dia bercakap mengikut trend terkini yang dikehendaki oleh station..Kadang-kadang pemilihan pelakon baru tu biar kayu asal ayu dan handsome/sado..Produser tak ada pilihan..Bukan nak ketepikan rukun atau method dalam lakonan seperti kenyataan seorang pelakon wanita hebat ni..Saya setuju jugak nak jadi pelakon tak semestinya perlu rupa paras yang cantik atau handsome tapi kita harus sedar tentang trend dan kehendak masa kini..Yang lebih menyedihkan bila saya tengok-tengok komen warga net ni ada la terselit beberapa orang bos kat station tv yang komen macam tak rasa bersalah je..Ini kelakar wei..Serious..padahal kadang-kadang mereka la yang demand macam-macam..

Realiti jugak bila nak keluar majalah atau surat khabar atau portal pun mereka nak yang cantik, handsome & popular untuk hiasi muka depan..Kalau setakat biasa-biasa ni mereput la jawabnya..So bakat dan penampilan adalah dua perkara yang saling perlu antara satu sama lain dalam industri hiburan ni..Ada yang dah bersusun album, filem & drama pun sehingga hari ni tak dapat peluang..So ko rasa ?

Kesimpulannya bakat tu adalah perkara semula jadi yang kadang-kadang kita tak nampak tapi bila kita pegi uji bakat maka kita mungkin akan nampak bakat kita..Manakala cantik, lawa atau handsome tu perkara yang sangat subjektif sebab ia dikurniakan oleh Allah namun dizaman serba moden ni kita boleh buat macam-macam untuk cantik dan handsome..Jadi tak payah nak kecoh-kecoh industri hiburan Malaysia ni kecik je..

Terima kasih kerana sudi baca pendapat dan pandangan aku..!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here