Perjalanan Ke Oslo Norway

0
487
ketika berada di Norrkopping Sweden

Alhamdulillah tanggal 12 Febuari 2018 saya telah berjaya mencapai misi saya iaitu ingin menjejakkan kaki ke Oslo Norway dalam misi penjelajahan ke Europe buat kali ke 3 pada kali ini..Oslo adalah sebuah bandaraya yang kecil dan mempunyai kepadatan penduduk seramai lebih kurang 1.5 juta orang ini adalah bandaraya yang penuh dengan sejarah dan keindahan rekabentuk bangunan yang unik dan cantik..Penggembaraan saya pada kali ini adalah mensasarkan 4 buat Negara Scandinavian iaitu Norway, Denmark,Sweden dan Finland..

Dihadapan kedai cenderamata di Oslo Norway

Sepanjang berada di Oslo City saya banyak menghabiskan masa untuk bersiar-siar dimasa lapang ketika selesai beberapa perjumpaan berkenaan dengan perniagaan..InshaAllah saya dalam sedang membuat satu kajian berkenaan dengan perniagaan..Dimana kita boleh meluaskan perniagaan kita diperingkat Antarabangsa..

Ketika berada di hadapan banggunan Parlimen Kerajaan Norway

Apa yang saya fikirkan adalah bagaimana produk tempatan Malaysia boleh dibawa ke luar Negara dan dipasarkan di Negara-Negara ini dengan kadar yang efektif dan berkesan..Beberapa modul akan dirangka dan dibentangkan kelak..InshaAllah…

berjalan ditebing sungai berdekatan dengan Oslo City

Setiap perjalanan pasti ada cerita dan pasti ada kelebihan yang kita temui..Hanya perlu bersabar dan berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan..Saya juga mendoakan semoga apa yang anda impikan akan dipermudahkan oleh Allah..Dan kini saya berada di Sweden untuk beberapa hari atas urusan perniagaan dan bertemu dengan beberapa kenalan saya..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here