RESCUE DIVER…Dari Takut Sampai Ada Lesen….

0
348
Bersama Instructor kami Cik Azyani @ Akak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua follower saya yang sudi untuk membaca blog saya…Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya dari mula ingin belajar menyelam sehingga la saya berjaya mendapat lesen menyelam tahap 3 iaitu RESCUE Diver…

Untuk pengetahuan semua saya ni sebenarnya tak la pandai berenang langsung dan saya sangat takut dengan air, suatu hari kawan-kawan saya ajak saya cuba untuk membuat discover scuba diving di salah satu kolam renang di Petaling Jaya…Mula-mula saya sangat takut sebab ada pengalaman nak lemas so setelah selesai sesi penerangan yang pertama kami pun turun la dalam air dengan full set alat-alat menyelam, mula-mula saya sangat tidak selesa dengan alat-alat tersebut dan tekak saya rasa nak muntah sebab tak biasa bernafas menggunakan regulator dengan gas nitrogen + oksigen tu…Setelah selesai sesi yang pertama ni saya pun buat keputusan tak mahu teruskan untuk ambil lesen menyelam sebab saya memang tak konfident langsung sebab ni baru dalam swimming pool dah rasa tak selesa ni kan pulak nak masuk dalam air laut…So saya bagitahu pada kawan-kawan saya yang saya tak mahu amek lesen…Selepas beberapa minggu kemudian mereka pun ajak lagi untuk sesi yang kedua untuk latigan atau buat discover scuba diving sekali lagi tapi kali ni ke swimming pool yang dalam lagi sikit daripada hari tu…saya pun cakap tak apa la koroang pegi la saya tak nak join sebab saya memang tak ada niat nak ambil lesen tu…

Ni gambar saya bersama Sotong pada kedalam lebih kurang 15 Meter

Setelah dipaksa dan terpaksa saya ikutkan jugak kawan-kawan untuk sesi yang kedua ni, macam biasa saya still tak konfident yang saya boleh turun ke laut untuk ambil lesen, hmmmm last-last bila dorang buat perjumpaan dan berbincang untuk tarikh nak ke Pulau Tioman nak ambil lesen tu saya pun datang dan dorang pun bagi semangat untuk sama-sama amek lesen Open Water, maka saya pun terjebak la amek lesen Open Water…fuhh nak tak nak saya dah ada lesen menyelam untuk yang pertama…setelah mempelajari teknik dan cara-cara menyelam dengan betul saya pun berasa keyakinan diri saya terhadap menyelam ni semakin tinggi and now percaya atau tidak saya dah ada lesen yang paling tinggi antara kawan-kawan saya semua dan saya jugak ada kelangkapan menyelam sendiri yang saya beli…Alhamdulillah sekarang ni menyelam adalah hobi terbaru saya…Saya akan kongsikan lebih banyak lagi gambar dan video-video saya didasar laut yang sungguh cantik dan indah…

Saya dah bersiap sedia nak terjun

Esok 18 Oktober 2017 saya dengan kawan-kawan akan sekali lagi ke Pulau Tioman untuk melakukan aktiviti menyelam semperna cuti Hari Deepavali…So kami habiskan masa dengan aktiviti menyelam sepuas-puasnya sebelum Pulau Tioman tutup disebabkan monsun…itu lah serba ringkas perjalanan saya sebagai seorang yang penakut air kepada penyelam yang mempunyai lesen RESCUE…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here