Uncle Kuan Kaki “KETUK” Terbaik Di Ipoh…

6
6144
Ni la Workshop Uncle Kuan di Ipoh

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera… Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin…

Musim-musim raya ni saya nak share sikit la berkenaan dengan satu bengkel ketuk kenderaan yang saya kira legend kat ipoh ni yang korang kena cuba dan harga dia sangat berpatutan…Bengkel uncle Siew Kuan yang terletak tidak jauh daripada rumah nenek saya…kalau korang nak datang korang boleh waze JKR Jalan Lahat…Uncle ni dia punya kerja sangat teliti dan sangatlah bagus…Kalau dia ketuk kereta korang yang kemek tu memang korang akan puas hati la and dia sangat tak berkira, selagi dia tak puas hati and korang tak puas hati dia akan buat sampai korang puas hati…Bengkel dia biasa jek bengkel kayu and saya sangat harap dia kekal la kat situ..Bengkel tu dah berusia lebih 20 tahun sebab zaman saya kecil dulu dah ada dah bengkel ni dan ayah saya serta pakcik-pakcik saya pun hantar kereta kat sana…

Inilah bengkel Uncle Siew Kuan yang saya cakap tu..Bengkel biasa tapi servis tip-top..

Macam ni cerita dia, kereta saya memang dah banyak sangat kemek sana sini dan kebetulan pulak hari raya dan saya memang balik kampung so bila dah raya ke 3 tu saya pun tak buat apa and terus la bercadang nak singgah ke bengkel uncle ni and terus buat kereta saya…saya pulak masa tu ada kerja lain nak pegi kompleks Yik Fong Ipoh tu sebab nak tukar number plat kereta saya, uncle ni punya baik dia bagi saya pinjam motor dia untuk saya selesaikan kerja saya…bila saya balik je kereta saya siap diketuk dengan baik…saya memang puas hati dengan kerja uncle ni, uncle ni siap tolong pasangkan number plat baru kereta saya…So sekarang ni saya tinggal nak cat je lagi kereta saya yang telah di ketuk oleh uncle ni…hmmm tak tahu la bila nak buat tu dengan kesibukan yang agak pack ni kan…apa pun saya memang cadangkan korang untuk pegi ke bengkel uncle ni kat Ipoh, sekalipun korang travel dari Kuala Lumpur ke Ipoh memang berbaloi la…

Uncle Kuan sedang ketuk bahagian yang kemek tu dan uncle ni muka dia agak kelakar sikit…Syok layan dia..

Itu je sebenarnya yang saya nak cerita pasal uncle ni…Apa pun uncle ni boleh masuk rancangan lawak la sebab dia kelakar jugak…Anyway terima kasih Uncle Kuan yang telah banyak berjasa pada saya dan kereta saya sebelum-sebelum ni…

 

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here